PENUBUHAN KELAB CYBER KID SK SERI PERLIS
1.Pendahuluan
1.1Dunia hari ini berada dalam era maklumat ,di mana Teknologi Maklumat memainkan peranan yang penting untuk kejayaan masa depan dalam dunia tanpa sempadan.Selaras dengan perkembangan ini,SistemPendidikan sekolah haruslah mengoptimumkan penggunaan Teknologi Maklumat umtuk tujuan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran.Sehubungan dengan ini ,PKG Kangar mencadangkan kepada pihak pengurusan SK Seri Perlis untuk menubuhkan Kelab Cyber Kid sebagai satu wadah dalam memperkemaskan lagi pengurusan ICT kursusnya laman web sekolah.
Sekolah perlu kepada menubuhkan Kelab Cyber Kid kerana:
a) Teknologi Maklumat sentiasa berkembang dan berubah;
b) Kepesatan kemasukan pelbagai program Teknologi Maklumat ke sekolah.
c) Teknologi Maklumat merupakan penyokong kepada pengajaran dan pembelajaran bestari.
d) Dapat membantu guru menguruskan laman web.
1.2 Tujuan penubuhan kelab Cyber Kid :
a) Membantu guru mengemaskini laman web.
b) Merakam setiap peristiwa sekolah dalam bentuk digital (imejan & video)
c) Membantu guru membuat proses editing imejan.
d) Memuat naik bahan ke laman web sekolah.
Dalam usaha sekolah mempertingkatkan kebolehan murid dalam bidang Teknologi Maklumat,matlamat Kelab Cyber Kid ialah untuk membolehkan murid mendapat pengetahuan dan menguasai kemahiran asas Teknologi Maklumat.Selain daripada itu, murid boleh meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan Teknologi Maklumat pada masa kini dan akan datang berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.
3.Objektif Kelab Cyber Sekolah
Matlamat Kelab Cyber Sekolah boleh
direalisasikan melalui objektif
a)Pengetahuan
I.Mendedahkan murid
kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan sistem
komputer/Teknologi Maklumat dan media.
ii.Membimbing murid
mengetahui sistern pengoperasian kompeter.
iii.Memberi murid
peluang untuk meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai disiplin
ilmu .
iv.Mendedahkan murid
kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan dengan
komputer
danTeknologi Maklumat.
b)Kemahiran
I. Menguasai kemahiran
mencari dan mengurus maklumat yang sesuai melalui penggunaan
Teknologi Maklumat.
ii.Menguasai
kemahiran berinteraksi antara individu/kumpulan melalui kemudahan
Teknologi
Maklumat dan sistem rangkaian komunikasi.
iii.Menguasai
kemahiran pengaturcaraan yang membolehkan murid membangunkan laman
web.
c)Nilai
I.Memumpuk
sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat.
ii.Mengalakkan
perkongsian idea dan maklumat di kalangan murid,
iii.antara
kelab,dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.
4.Penubuhan Kelab Cyber Kid.
Dasar Penubuhan Kelab Cyber Kid
ialah:
a)Dijalankan sebagai aktiviti
ko-kurikulum.
b)Keahlian kelab adalah
secara sukarela dan mendapat kebenaran ibu bapa.
c)Aktiviti Kelab seharusnya
meliputi semua kemahiran asas sehinggalah
aktiviti-aktiviti
pengayaan yang lebih mencabar dan bersesuaian dengan
kebolehan ahli.
No comments:
Post a Comment